Friday 4 January 2013

36 Tempat Menarik di Dunia

 

1) Great Blue Hole, Belize





2) Horseshoe Bend, Colorado River, Arizona





3) Golden Horn, Brac Island, Croatia





4) Uluru (aka Ayers Rock), Australia





5) Alesund, Norway





6) Volcanic Island, Aogashima, Japan 





7) Valley of the Ten Peaks, Moraine Lake, Alberta, Canada





8) Tunnel of Love – Old train tunnel in Kleven, Ukraine 





9) Rio de Janeiro, Brazil





10) Capilano Suspension Bridge, Vancouver, British Columbia, Canada





11) Preachers Rock, Norway





12) Tiantan Buddha at Lantau Island, Hong Kong





13) Iguazu Falls, Border of Brazil and Argentina





14) Manarola, Italy





15) East Iceland





16) Jade Mountain, St Lucia 





17) Lavender Fields, Provence, France





18) Skaftafell, Iceland Crystal Cave





19) Rice fields in Yunnan, China





20) The Maldives





21) Plitvice Lakes, Croatia 





22) Zakynthos, Greece 





23) New York City 





24) Vancouver, British Columbia, Canada





25) Amazon River 





26) Angel Falls, Venezuala





27) Blue Lagoon, Iceland





28) Barcelona, Spain 





29) Machu Picchu, Peru





30) Buddhist Monastery, Himalayas





31) Wisteria Tunnel at Kawachi Fuji Gardens, Kitakyushu, Japan 





32) Outdoor hottub on Matterhorn Mountain 





33) Sand Dunes in Peru





34) Festival of Lanterns, Chiang Mai, Thailand





35) Seljalandsfoss Falls, Iceland





36) Adirondack Park, New York

Tempat Menarik Di Malaysia 2


TEMPAT MENARIK DI PERAK
Taman Tasik Taiping
Taiping Lake Garden dibina pada tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang indah di Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah ini terletak di berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping.
Kellie’s Castle
Kellie’s Castle dibina oleh Inggeris yang dikatakan belum pernah tinggal di dalamnya. Ia terletak berhampiran Batu Gajah, dan jika anda memandu lebih kurang 20-30 minit dari bandar Ipoh, Perak. Ia dibina pada tahun 1915 dan pembinaannya terhenti selepas kematian William Kellie Smith.
Teluk Intan Leaning Tower
Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor China, Chong Leong Choon, merupakan menara setinggi 25.5 m yang terletak di bandar Teluk Intan, Perak. Tempat ini adalah suatu kemestian bagi mereka yang ingin melawat salah satu tempat menarik di negeri Perak. Pada awalnya digunakan sebagai tangki air yang menyediakan air bagi penduduk di bandar. Kini, struktur kayu ini menjadi satu keanehan arkitektur yang menarik bagi pengunjung.
Gua Tempurung
Terletak di Gopeng, sekitar 24km selatan ibu kota Ipoh di Perak dan berhampiran Kampar, merupakan salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di dalam Gua tersebut telah dibina platform yang diterangi lampu dari pintu gua bagi membolehkan anda berjalan dengan mudah
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang menarik, terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki feri dari Lumut untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana.
TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA
Wetlands Putrajaya
Salah satu tempat yang menarik di Putrajaya yang terdiri lebih dari 70 spesies tanaman. Wetland di Putrajaya, Malaysia menjadi kawasan air tawar terbesar dibina di kawasan tropika di mana jumlah keseluruhan keluasan ada lebih kurang 200 hactares.
Masjid Putra
Masjid Putra adalah sebuah masjid berwarna merah muda menjadi tarikan pelancong setiap kali ke sana. Ini terdiri daripada halaman yang besar dan menara yang mempunyai ketinggian 116m dibahagikan kepada lima peringkat untuk mewakili Lima Rukun Islam. Masjid Putra dapat menampung 15,000 orang pada satu masa.
Dataran Putra
Dataran Putra adalah diameter berkeluasan 300 meter dan dihiasi dengan motif tempatan, air dan ciri lampu. Ia mempunyai 11 bintang yang mewakili 11 negeri ketika Malaysia merdeka. Ke semua 13-titik lain yang melambangkan 13 negeri di Malaysia hari ini, sementara 14 bintang mewakili negara Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Taman Botani
Taman Botani merupakan salah satu taman yang menarik dan menjadi satu tarikan sebagai taman tropika. Taman ini seluas 230 hektar atau 93 hektar bagi pembangunan taman ini. Terdapat kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini dapat anda lihat di mana lebih dari 700 spesies tanaman di taman ini berasal dari lebih dari 90 negara di dunia.
TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI
Pekan Kuah
Kuah yang dahulunya sebuah pekan kecil yang memiliki hanya beberapa batang jalan kini membangun sebagai sebuah kawasan yang menempatkan hotel-hotel, kompleks membeli-belah dan aktiviti perniagaan yang berkembang pesat. Kuah menawarkan pelbagai barangan bebas cukai seperti tembakau, kosmetik dan perkakas elektrik pada harga yang menarik.
Dataran Lang 
Ia merupakan mercu tanda Pulau Langkawi yang paling jelas kelihatan oleh para pengunjung yang berkunjung melalui laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama dataran ini adalah  seekor helang gergasi yang mengagumkan dalam keadaan sedia meluncur terbang ke udara.
Taman Lagenda
Merupakan taman-taman indah yang dihiasi bungaan tempatan dalam pelbagai warna, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman seluas 50 ekar ini telah direka dan dihiasi dengan pameran yang mengisahkan mitos dan legenda pulau tersebut. la mengandungi 17 tugu dan setiap satu membawa sebuah kisah yang menarik.
PANTAI KOK, CENANG, TENGAH, DATAI DAN TELUK BURAU, dengan pemandangannya yang indah, amat sesuai untuk bersantai dan bersiar-siar di tepi pantai. Penginapan di pantai-pantai ini terdiri daripada hotel dan resort terkemuka hinggalah chalet yang selesa. Kepelbagaian sukan air di pantai-pantai penginapan di Langkawi menjanjikan keseronokan bagi mereka yang aktif dan lasak.
KOTA MAHSURI dengan sejarah legendanya merupakan kawasan yang cukup penting di Pulau Langkawi dan kini dipelihara buat tatapan generasi akan datang. Terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah, Kota Mahsuri ini dibina untuk memperingati kisah seorang wanita bernama Mahsuri yang difitnah dan dihukum bunuh. Menurut legendanya, ketika menjalani hukuman mati, tubuh Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih, sebagai tanda kesuciannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri telah menyumpah pulau itu menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.
TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU
Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.
Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.
Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencil, Pulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.
Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.
Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.
==============================
Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula  dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa
TEMPAT MENARIK DI SABAH
Sepilok Orang Utan Sanctuary
Ia adalah salah satu destinasi pelancongan terletak di 25 km dari bandar Sandakan, Sabah Malaysia. Ini adalah tempat yang terbesar di dunia bagi Pusat Rehabilitasi Orang Utan. Kawasan ini seluas 11,000 hektar hutan dara telah disisihkan bagi kawasan perlindungan Orang utan. Di sinilah Orang utan yang telah tersesat ke kawasan hutan diselamatkan.
Gua Gomantong
Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.
Poring Hot Springs
Poring Hot Springs terletak di sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.
Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Jika anda berkesempatan ke sana, di harap bolehlah kongsikan cerita anda di sini.
TEMPAT MENARI DI PAHANG
Cameron Highlands
Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong.
Taman Negara
Taman negara yang pertama dan tertua di negara menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan eko-pelancongan yang menyeronokkan.
Bukit Fraser
Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.
Gunung Senyum
Merupakan salah satu gua yang menarik untuk dijelajah dan dieksplorasi seperti berkhemah dan melakukan kajian saintifik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang dikatakan mempunyai nilai perubatan
Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.
Taman Rimba Kenong
Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.
Pantai Cherating
Kampung Cherating yang tenang mempunyai suasana santai, pantai yang bersih dan makan laut yang lazat.
TEMPAT MENARIK DI SARAWAK
Kuching Waterfront
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.
Taman Negara Bako
Bagi penggemar alam sekitar, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesis tanaman bunga, termasuk 49 spesis orkid serta spesis haiwan dan spesis burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.
Kampung Budaya Sarawak
Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND
Gunung Brinchang
Merupakan gunung tertinggi di Cameron Highlands dan jika anda berada di kemuncaknya, anda boleh melihat pemandangan yang panoramik . Ia  juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.
Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi iaitu Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kepada yang meminati kecantikan rama-rama memang rugi kalau tak datang ke sini.
Honey Bee Farm
Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik kerana ia satu-satunya tempat menternak lebah secara komersil  yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar dan dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung boleh mendapatkan madu lebah asli  serta mengetahui khasiat sebenar madu lebah.
TEMPAT MENARIK DI KEDAH
Balai Besar yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.
Muzium Diraja Kedah pula merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.
Bagi yang beragama Islam, anda boleh melawati dan bersolat di Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Starsalah satu tempat yang juga menjadi tarikan pelancong. Ia terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter. Ia adalah lambang kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi.
Setelah penat berjalan, anda boleh pergi ke Pekan Rabu untuk menjamu selera dan membeli pelbagai cenderahati untuk di bawa pulang. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terletak di negeri Kedah ini. Antara yang boleh saya sebutkan ialah seperti; Terusan Wan Mat Saman yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah. Banyak sejarahnya disebalik terusan ini. Selain itu, anda boleh mandi manda di Air Panas Ulu Legong ,Baling; Lata Bukit Hijau, Lata Bayu, Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim , Kulim, Air Terjun Perangin di Sik, Air Terjun Junjung, Kulim; Lata Mengkuang, Sik; Air Terjun Lembah Bujang, Merbok; Rekreasi Tupah, Merbok dan tidak ketinggalan juga menikmati keindahan alam semulajadi di Gunung jerai.
Gunung Jerai menjanjikan lokasi percutian menarik dengan keindahan bunga, deruan air terjun dan persekitaran nyaman. Jika anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah.

Tempat-Tempat Menarik Di Malaysia


TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA MENGIKUT NEGERI

1797 Views

tempat menarik di malaysia,tempat menarik di malaysia mengikut negeri, temmpat-tempat menarik, tempat pelancongan terbaik, destinasi pelancongan di malaysia, tempat menarik di kelantan, menarik di malaysia
" cuti-cuti malaysia "
maklumat ini diperoleh melalui GIVEAWAY yang diadakan jaakechik corner.  Setelah hampir sebulan dijalankan, alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dari semua. dimana peserta hampir seramai 100 orang. sebelom giveaway tamat. dan pemenang di umumkan, jom kita semak tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia! 

              KELANTAN  

          -  tok bali
          -  air terjun gunung stong
          -  pantai cahaya bulan
          -  nasi ulam cikgu
          -  bebas cukai rantau panjang
          -  bebas cukai pengkalan kubor
          -  jeram linang
          -  jeram pasu
          -  taman tengku anis
          -  pantai sri tujuh
          -  pantai irama bachok
          -  pasar malam flat buluh kubu
          -  masjid beijing
          -  pasar siti khatijah
          -  pasar wakaf che yeh
          -  terminal makanan negara (TEMAN)
 
             senarai tempat makan di kelantan ~negeri asal saya!
                1. food village @ chim chum @ steamboat
                2. restoran kengsom berhampiran tesco
                3. selera cik siti, cherang kota bharu
                4. ani sup utara, kubang kerian
                5. secret recipe kb mall
                6. restoran terapung sri tujoh
                7. kfc tesco lembah sireh
                8. restoran sapuroh depan wisma kota bharu
                9. restoran juwota pasir tumbuh
              10. maggi celup pengkalan kubor
             ~ ada macam2 tempat lagi, tunggu review seterusnya, ya!
             
             TERENGGANU

         -  pasar payang
         -  muzium terengganu
         -  pantai batu burok
         -  air terjun sekayu
         -  lata tembakah
         -  la hot spring
         -  tasik kenyir
         -  pulau kapas
         -  pulau duyung
         -  pulau perhentian
         -  pulau redang
         -  kedai keropok lekor B.T.B 2209, bkt  tok beng
         -  mercu tanda baru pulau warisan

             PERLIS

         -  Padang besar
         -  tasik melati
         -  gua kelam

            PAHANG

         -  Cameron highlands
         -  genting higlands
         -  bukit gambang waterpark
         -  teluk cempedak
         -  cherating
         -  taman Negara endau rompin
         -  tasik bera
         -  gunung tahan
         -  air terjun sg. pandan
         -  air terjun chemong

            PERAK
         -  sg. Klah hot spring
         -  pulau pangkor
         -  taman rekreasi gunung lay
         -  zoo taiping night safari
         -  pulau orang utan
         -  bukit merah laketown resort
         -  gua tempurung
         -  bukit larut
         -  menara condong
         -  padang polo
         -  eco park
         -  lost worl of tambun
         -  galeri sultan azlan shah
         -  istana kenangan
         -  air terjun ulu kenas

            KEDAH

         -  the carnival waterpark
         -  gunung jerai
         -  pantai merdeka
         -  pulau langkawi
         -  hutan lipur sg. Sedim
         -  pekan rabu alor star
         -  air terjun lata mengkuang
         -  air terjun lata seri perigi
         -  air terjun titi hayun
         -  air terjun junjung
         -  rimba rekreasi bt. Hampar
         -  pantai tengkorak
         -  ulu legong
         -  pulau sayak
         -  candi lembah bujang
         -  ladang anggur tasik beris

* pic curik dari google *
            PULAU PINANG

         -  bukit bendera
         -  taman rama-rama
         -  menara komtar
         -  batu feringgi
         -  taman Negara
         -  taman tropical
         -  tokong ular
         -  rumah p. ramlee
         -  muzium
         -  padang kota lama,
         -  padang kota baru

            NEGERI SEMBILAN
        
         -  port Dickson
         -  ulu bendul
         -  pantai blu dragon
         -  PD mini zoo
         -  jeram toi
         -  wet worl air panas pedas
         -  kuala pilah

            MELAKA 

         -  Kota A famosa
         -  menara taming sari
         -  mahkota parade
         -  A famosa waterfall
         -  Bandar hilir
         -  ikan bakar umbai
         -  makam pahlawan Melaka
         -  perigi hang LI Po
         -  perkuburan belanda
         -  taman budaya Melaka
         -  zoo Melaka
         -  taman mini Malaysia
         -  dataran pahlawan
         -  taman burung

            JOHOR

         -  pantai harbor
         -  danga bay
         -  zoo johor
         -  gunung ledang
         -  desaru
         -  air terjun kota tinggi
         -  bazaar karat
         -  rawa steamboat
         -  hutan bandar
         -  mersing
         -  pulau sibu
        
             SABAH
         -  poring hot spring
         -  pedas rafting
         -  tanjung Simpang mengayau
         -  gunung kinabalu
         -  pulau sipadan
         -  taman bukit tawau
         -  persisiran trausland
         -  bukit payong
         -  kinabalu national park
         -  kolam air panas ranau
         -  pulau mabul
         -  desa cattle (ladang lembu mesilou)
         -  sepilok
         -  pulau silingan
         -  lok kawi
         -  tagaluanti
         -  sabah tea

             SARAWAK
        
         -  kuching
         -  kampong budaya Sarawak
         -  sri aman (pesta benak)
         -  gua niah miri
         -  taman Negara bako
         -  jong crocodile farm
         -  kedai kek lapis dayang salleh
         -  gua mulu
         -  taman awam miri
         -  miri luak esplaned
         -  the grand old lady

             KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

         -  KLCC      
         -  KL tower     
         -  I-city shah alam
         -  pusat sains Negara
         -  pavilion
         -  menara tinjau
         -  aquatic KLCC
         -  bukit melawati
         -  kg. kelip-kelip
         -  high 5 bread time museum
         -  batu caves
         -  sunway lagoon
         -  taman botani shah alam
         -  pulau ketam
         -  bagan lalang
         -  mine wonderland
         -  wet world
         -  sungai gabai, hulu Langat
         -  gold coast morib resort
         -  golden palm tree resort
         -  Jalan tar
         -  tanjung harapan
         -  tekala waterfall

" tak perlu ke luar negara untuk melancong kalau bajet tak banyak,
dalam negara pun banyak tempat-tempat menarik! "

' selamat bercuti '